Sunday 10 November 2013

Pembelajaran Matematik dalam bentuk, ruang dan pengukuran merupakan salah satu daripada topik yang diselitkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. 
Bentuk adalah bentuk yang mengandungi dimensi iaitu panjang, lebar dan kedalaman. Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung. Misalnya, segiempat sama, segiempat tepat, dan segitiga. 
Ruang pula ialah isipadu sesuatu objek dapat diukur. Perkara-perkara yang dipelajari adalah seperti penganggaran, sebahagian dari keseluruhan, urutan kefahaman, dan konsep urutan. 
Pengukuran merupakan proses atau keputusan dari aktiviti menetukan kuantiti seperti jarak, berat, masa berdasarkan unit pengukuran. Ia dapat diukur dengan menggunakan unit ukuran standard dan unit ukuran arbitari. Unit ukuran standard yang digunakan ialah pembaris. Manakala unit ukuran arbitari ialah menggunakan bahan-bahan luaran yang panjang atau pendek untuk mengukur sesuatu.