Pengukuran

-   Merupakan proses atau keputusan dari aktiviti menentukan kuantiti seperti jarak, berat, masa berdasarkan unit ukuran tertentu.
-          Unit ukuran yang sering digunakan ialah seperti meter, kilogram dan sebagainya.
-     Konsep pengukuran penting dalam pengajaran kerana ia boleh membantu kanak-kanak memahami metematik dalam kehidupan sebenar.
-          Dua fokus utama dalam pengukuran :
-          Memahami makna sesuatu pengukuran.
-          Unit sesuatu ukuran.


Pembelajaran melalui pengalaman
-          Dua jenis ukuran yang biasa diperkenalkan kepada kanak-kanak prasekolah ukuran jarak dan berat.
-          Tiga urutan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran pada peringkat ini.
-          Pengalaman  menyusun dan membanding sesuatu kuantiti dengan kuantiti yang lain.


A.    Menyusun dan membanding kuantiti

Aktiviti 1 : Ukuran tinggi
Langkah pelaksanaan:
(a)    Guru membawa kanak-kanak keluar daripada bilik darjah.
(b)   Guru menarik perhatian kanak-kanak kepada dua batang pokok, dan tanyakan “ di antara dua batang pokok itu, yang mana lebih tinggi atau yang mana lebih rendah.
(c)    Tunjukkan pokok yang tinggi.


Aktiviti 2: Membandingkan panjang pensel
Langkah pelaksanaan:
(i)                 Guru melakukan aktiviti ini dalam kelas.
(ii)               Guru  melakukan 5 batang pensel yang mempunyai ukuran panjang yang berbeza kepada kanak-kanak.
(iii)             Guru meminta kanak-kanak  tunjukkan yang manakah pensel yang paling panjang dan yang menakah pensel yang paling pendek.
(iv)             Guru meminta jawapan daripada kanak-kanak tentang pensel yang paling pendek.

Aktiviti 3: Memilih kanak-kanak yang paling tinggi.
Langkah pelaksanaan:
(i)                 Guru bertanya kepada kanak-kanak,  siapa yang paling tinggi dalam kelas ini.
(ii)               Guru meminta kanak-kanak berkenaan hadir ke hadapan kelas.
(iii)             Guru meminta kanak-kanak yang lain untuk tampil ke hadapan kelas bagi tujuan membandingkan siapa yang paling tinggi di antara mereka.
(iv)             Guru meminta kanak-kanak memilih kanak-kanak yang paling tinggi  .

B.           Pengalaman mengukur dengan menggunakan unit yang arbitari.
(i)       Unit pengukuran
Unit pengukuran Arbitari.
-            Mengukur jarak dengan mengira bilangan langkah , jengkal, hasta dan tapak.
-            Mengukur isipadu atau banyaknya suatu kuantiti dengan menggunakan menyukat seperti  cawan atau gelas melalui permainan pasir.

Aktiviti 1: Mengukur panjang sebatang kayu
Langkah pelaksanaan
(i)                 Guru melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil seramai 4 orang.
(ii)               Guru memberikan sebatang kayu kepada setiap kumpulan.
(iii)             Guru meminta setiap kayu kepada setiap kumpulan.
(iv)             Guru meminta  setiap orang kanak-kanak mengukur kayu tersebut dengan menggunakan jengkal masing-masing.
(v)               Guru bertanya berapa panjang kayu tersebut dalam unit jengkal.
(vi)             Guru bertanya siapakah yang mempunyai jenkal yang paling panjang.

(C)      Pengalaman mengukur dengan menggunakan unit standard.

(i)                 Unit ukuran standard
a)             Mengukur panjang atau tinggi menggunakan sentimeter, meter, kilometer, kaki, ela dan batu.
b)             Mengukur luas menggunakan cm persegi, meter persegi.
c)             Mengukur isipadu menggunakan unit cm persegi.
d)            Mengukur berat menggunakan unit gram dan kilogram.
e)             Mengukur tempoh atau masa menggunakan unit minit, jam, pagi, petang, malam.


Aktiviti mengukur dalam pengajaran
(a)   Mengukur panjang dan tinggi
Aktiviti : Mengukur panjang objek
Langkah pelaksanaan
(i)                 Guru mengagihkan kanak-kanak mengikut kumpulan 4 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebatang pembaris.
(ii)               Setiap kumpulan diarahkan untuk mengukur objek yang diberikan oleh guru seperti unit sentimeter. Contoh : objek yang diberikan adalah seperti anak patung, kereta mainan, buku teks, kotak pensel dan pensel.
(iii)             Setiap kumpulan perlu mencatat bacaan ukuran di atas kertas, dengan jadual seperti berikut ( Jadual seperti di bawah ).
(iv)             Guru mengendalikan perbincangan dibuat dengan kanak-kanak untuk menentukan ukuran paling panjang dan paling pendek mengikut kumpulan.
(v)               Guru menrangkan konsep panjang  dengan tinggi. Seterusnya meminta kanak-kanak menentukan ukuran yang telah dibuat sama ada ukuran panjang atau ukuran tinggi.
(vi)             Guru bertanyakan kanak-kanak apa yang telah mereka lakukan sebentar tadi


               Jadual : mengukur panjang atau tinggi sesuatu objek.

Bil
objek
Ukuran panjang/ tinggi (cm)
1
Anak patung

2
Kereta permainan

3
Kotak pensel

4
Pensel

5
Meja

6
kerusi

(b)   Mengukur luas
-       Luas merupakan kuantiti fizikal bagi suatu permukaan atau satah yang berkembang dalam dua dimensi.
-       Suatu langkah awal dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan luas adalah dengan memperkenalkan konsep luas dalam unit yang tidak standard kepada kanak-kanak.

Aktiviti 1: Membilang bilangan petak yang dilorek
Langkah perlaksanaan:
(i)                 Guru memberi sekeping kertas yang telah dilukis petak empat segi sama bersaiz
 1cm x1cm.
(ii)               Guru menyuruh kanka-kanak melorek petak-petak yang diberi dan seterusnya membilang berapa bilangan petak yang sudah dilorek.


















c)   Mengukur Isipadu
Formula isipadu = panjang x lebar x tinggi

(d)   Mengukur berat dan jisim
Berat ialah jisim sesuatu objek. Kita dapat menggunakan penimbang untuk membuat menimbang barang-barang.

(e)   Waktu dan masa
Pembelajaran tentang waktu dalam kehidupan seharian ini boleh dijalankan dengan bertanya soalan kepada kanak-kanak seperti :-
·         Sekarang siang atau malam ?
·         Mengapa sekarang siang ?
·         Apa keadaannya bila malam tiba?
·         Bilakah waktu makan tengah hari ?
·         Bila waktunya adik bersarapan ?
·         Bila adik makan malam ?
Guru boleh tunjukkan jam dan meminta murid menyatakan pukul berapa sekarang?


No comments:

Post a Comment